Thursday 2 August 2012

Ramadhan datang lagi. sudah dua minggu pun. sudah dua minggu juga hati jadi sayu mayu. Ramadhan kali ini dier dah takda. Ramadhan lepas pertemuan bagai di atur Nya, seperti pelangi yang bersinar mewarnai pandangan..ahhh indahnya. tapi kali ini dier terus  membisu dan membiarkan masa menjadi  saksi cerita kami berdua...beginilah suratan takdir yang tertulis..aku terima. ya Allah aku terima...aku redha...aku tau, Kau mengatur sesuatu yang lebih indah untukku...terima kasih ya Allah...

Friday 13 January 2012

Express tips ubati rasa kecewa (untuk wanita sahaja)





Biarlah saya mulakan dengan bismillahirohmanirrohim…. Dan dengan senyuman. Pun begitu juga dengan anda semua, terutama sekali mereka yang sedang berdukacita dek kerana kecewa. Pelbagai kekecewaan yang akan kita tempuh selagi kita bergelar manusia di bumi Allah ini. Mana mungkin ada seorang manusia yang tidak pernah kecewa. Paling tidak dia akan kecewa dengan dirinya sendiri kalau dia tidak dikecewakan oleh orang lain betul tak? So mari kita lihat beberapa jenis kekecewaan yang ada dan apakah cara yang paling cepat dan mujarab untuk mengubatinya. Kecewa ini sepertimana yang diketahui ramai, ia bukan sahaja sekadar kesan negatif daripada sesuatu tujuan atau hajat yang tidak kesampaian, tetapi ia juga tergolong dalam sejenis penyakit yang akan memudaratklan kesihatan dan jiwa kita kan…ramai orang yang sihat akan menjadi sakit apabila dia mengalami rasa kecewa.

So, di sini saya hanya ingin berkongsi tip  yang bodo bodo jer…untuk mereka  yang sedang kecewa, merana dan hampa kerana ditinggal kekasih, suami dan orang orang yang mereka harapkan dan minati. Tip kat sini juga tak boleh digunapakai untuk yang kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga kerana bimbang tidak boleh diaplikasikan. Maklumlah blog saya ini specialitinya adalah untuk jiwa yang jiwang dan jiwang karat tak hengat jer…he he he jangan kecewa ye…

1.      KECEWA KERANA KEKASIH MATI KEMALANGAN, LARI DENGAN AWEKS LAIN, MAK DIA TAK BAGI KAWAN DAN ATAU DIA CAKAP ANDA DAH TUA DAN TAK HOT SANGAT DAN BLA BLA… (semua tu alasan jer…)

TIP : Kalau dia accident masa nak pergi jumpa anda atau dlm perjalanan yang sah nak pergi cari rezeki…sedekahlah al fatihah banyak-banyak, baca surah yassin dan doa untuk dia sebaiknya. Anggap saja tuhan lebih sayangkan dia dan redhokanlah hati anda…(tentu hatipun tak sakit sangat kan).  Cakap pada diri anda setiap hari yang dia tak mungkin balik lagi pada anda. Lagi satu ingatla…yang hidup pasti menemui mati, Cuma cepat dan lambat jer kan. N andapun patut bersyukur sebab dapat cari orang lain lepas ni.
Tapi kalau bab kecewa kerana dia tinggalkan anda sebab aweks lain, mak dia tak suka anda, dia cakap anda tak hot dan Cuma suam-suam kuku jer….macam ni. Sebaik sahaja anda tau dia nak tinggalkan anda, anda dulu tinggalkan dia. Chow awal-awalla sebelum kena tinggal. Anda pun taukan kalau orang suka ke tak suka dengan kita right? Kalau setiap kali keluar dengan dia, sidia tak pernah nak pandang dan renung muka anda dan sibuk tengok aweks aweks yang lalu lalang depan kita, sampai makcik tipah lalu pun dia dok tersengih-sengih, surelah dia memang tak syok kat anda…so kalau ada tanda-tanda maut seperti itu baiklah anda blah sebelum terlambat k. lagi satu kiralah jumlah sms dan text yang dia send kat anda. Kalau sebulan dia Cuma hantar satu text jer… ASYIK CAKAP TAKDA KREDIT JER…baik anda fikir waras sikit, itu dah sah dia tak pernah jatuh hati pada anda, at least ada 50 sms sehari  dia text anda barulah anda boleh simpan harapan sikit (itupun belum boleh pecaya). Kalau dah macam tu, lebih baik anda text dia cepat cepat, cakap GOOD BYE… jadi sure anda tak kecewanye…tyrla….

2.      KECEWA KERANA DITINGGALKAN SUAMI YANG CURANG DAN GILA PEREMPUAN.
Lagi satu tip, kepada anda yang baik,  jelita, slim, solid, gourges, pandai masak, pandai mengemas serta harum wangi pula tetapi tetap ditinggalkan suami kerana si suami ni ingin menjadi pencurang yang Berjaya…janganlah kecewa teruk sangat. Tak kecewa pun tak boleh juga, nanti dia cakap otak kita mereng pulak, sebab kena tinggal dan kena cerai kita happy separuh mati. Tapi untuk menjadi wanita mulia pada mata masyarakat dan keluarga terutama anak-anak, janganlah kecewa lama-lama. Hadkanlah kekecewaan anda. Bagi tau diri anda berapa lama anda nak bersedih dan kecewa. Seminggu? 3 bulan atau 3 tahun?  Saya cadangkan lagi singkat masa anda pilih untuk duduk dalam kekecewaan, lagi cepat anda sembuh daripada rasa kecewa itu. Bisiklah pada diri anda, yang anda nak kecewa sebulan jer…pas tu pasang azam baru dan cita-cita baru untuk teruskan hidup baru. Pasti bolehnya. Kalau anda boleh cuba untuk kecewa 5 minit jer selepas kena tinggal, saya pasti anda seorang wanita yang sangat hebat dan tabah. LAGIPUN KALAU ANDA KECEWA LAMA-LAMA PUN BUKAN DAPAT AWARD…, DIA SURE HAPPYNYA, DIA AKAN RASA DIA DAH BERJAYA LUKAKAN HATI ANDA. SO JANGAN BIARKAN ITU TERJADI…TUNJUKLAH PADA DIA, YANG ANDA OK JER KALAU DIA TAKDA. Lagi satu kalau dia cakap anda dah tak cantik….dia tu, dia tu hensem sangat ker…ada macam Brat Pit…he he :p

 so buat dek jer k.

Antara tip lain yang sangat mujarab ialah…cari jer penganti baru, sure lupanya pada sikeparat yang dah mencacat dan mengharubirukan hidup anda tu. Maybe  perpisahan yang terjadi ni Allah nak bagi peluang pada anda untuk mendapat kebahagiaan baru yang lebih baik. Bukankah Allah tak pernah kejam pada hambanya…so berBaik sangkalah pada Allah, nescaya anda selamat dan tak rugi dek kecewa. So sekarang, bila kena tinggal jer, jangan buang masa nak pujuk dia atau berharap dia datang balik pada anda…forget it. Nonsense. Pasang badan dan minda anda serta tetapkan target anda. Hala tuju baru anda. Sure boleh ok.

Last tip yang paling mudah tapi mujarab ialah….beritahu diri anda adalah lebih kecewa dan memalukan kalau anda terus-terusan hidup dalam kecewa dan merana. Lebih baik anda juga cari jalan untuk membahagiakan diri sendiri. Ingat selalu bukan anda seorang yang diuji musibah, tetapi percayalah…setelah hujan lebat pasti akan muncul sinar mentari. Kalau bah sekalipun…pasti surut juga akhirnya. Jadi doa dan doa, usaha majukan diri, cari penganti lain kalau mahu dan teruskan hidup dengan lebih baik k… dan JANGAN BUANG SATU SAAT PUN UNTUK INGAT ORANG YANG ANDA BENCI…selamat berbahagia.

Wednesday 4 January 2012

aku berhenti berharap...

saya memang sangat suka dengan lagu lama sheila on seven. "aku berhenti berharap dan menanti datang gelap..." best sangat. Tapi saya kira sekadar lagu jer oklah...tak boleh nak amalkan. sebagai manusia mana mungkin kita berhenti berharap ya dak? saya tak pasti tentang anda, tapi prinsip saya, selagi boleh berharap lebih baik kita berharap. sebab orang yang berharap ni adalah orang yang sentiasa mempunyai harapan. kalau untuk berharappun kita tak mampu nak buat, apatah benda lain yang lebih berat. lagipun sekadar berharap...bukan pakai modal pun.
    Bercakap pasal berharap ni, agaknya berapa lama anda semua sanggup berharap? seminggu? Setahun? atau selama-lamanya? tentu sahaja bergantung kepada apa yang anda harapkan kan? saya ada seorang kenalan, dah lebih 10 tahun dia gagal dikesan...hilang. Yang dijumpai cuma keretanya sahaja, apa yang sedihnya sehingga ayahnya pergi  untuk selama-lamanya pun dia tidak juga dijumpai...hingga kini saya difahamkan ibunya masih tak berhenti berharap agar anaknya pulang kepangkuannya...sedihkan.

    Tapi bila tiba tang bab mengharap cinta yang dah hilang...jeng-jeng...bolehke kita terus berharap? tentu susah nak buat keputusankan...ramai yang takut rugi besar bila berhenti berharap, mana tau satu hari cinta yang hilang kembali menari depan anda right? beginila...kalau anda dinasihatkan oleh rakan-rakan dan pakar-pakar cinta tentang harapan anda tu adalah harapan yang sia-sia, takda masa depan dan hanya buang masa...lebih baik angkat kaki. dengarlah nasihat oranglain yang selalunya lebih jelas melihat situasi daripada anda sendiri yang sememangnya dah buta dek cinta. tapi kalau sebaliknya...ramai yang cakap"rugi ko...baik ko tunggu jer..." bolehlah anda fikira dua tiga kali sebelum ambik keputusan berhenti berharap ni. Tapi....setakat ni, saya belum penah dengar ada orang nak nasihat gitu. kebanyakannya semua advise kita belah jer...right? so...apa lagi? kalau nak berharap, berharaplah sesuatu yang indah, mudah dan possible...supaya harapan anda tidak berhenti ditengah jalan.

Friday 30 December 2011

Tahun Baru lagi maaa...

Bila setiap kali tahun baru tiba, macam-macam benda yang kusut dalam kepala tiba-tiba dok que nak keluar semua...maklum dah setahun mendap dalam kepala sure jadi tapaikan...lebih dari masam. Tahun baru kali ni, bukan azam jer yg nak baru tapi azam lama harus juga diperbaharui kasi advance sikit. Tak mau layan masalah, nak selesaikan masalah, nak buat bisness yg lagi untung, nak jaga anak-anak lebih baik, nak jadi lebih cantik, nak jadi lebih baik dan segala macam azam yang ada. tahun lepas gitu gak...ade yang lepas dan ada yg tak lepas. tapi tahun ni...saye harap dapat terus menerus belajar bersyukur dan beristigfar dalam segala hal...nak buang rasa nak marah walaupun benda yang patut marah...sebab kata pepatah, orang yang tak marah itu tolol tapi orang yang tak mau marah itu bijaksana....so. ini tahun baru yang ke...untuk saye dan untuk semua juga, padahal yang berubah cuma angka. Tapi sebagai manusia kita berhak memperbaharui hidup kita sebenarnya dan tak payahlah tunggu tahun baru dak? apepun selamat tahun baru....jadilah orang lama yang baru dan wangi right?

Monday 19 December 2011

Apabila anda jatuh cinta atau cinta anda yang terjatuh?

Manusia dilahirkan dengan jutaan perasaan. betul tak? kekadang kita sendiri gagal untuk mengenalpasti perasaan kita sendiri. sama ada kita marah, benar-benar marah, suka, suka sikit atau suka banyak, sayang, benci, menyampah dan gembira. most of that feelings memang kita tahu dan sometimes kita macam rasa kita tahu apakah dia. tetapi kebanyakan kita selalunya keliru dengan perasaan kita sendiri.  contoh...contohlah contoh ye...seorang isteri sangat tersiksa dengan perbuatan suaminya yang curang tetapi masih sangat  sayang pada suaminya, padahal hatinya sakit dan dia menderita. kalau dalam situasi macam gitu kenapa dia masih kata sayang? aneh right? itu sebab ada lagu cakap benci tapi rindu, marah bilang sayang...he he he ni merapu sakan jer.
  kali ini saya ingin berkongsi tip kepada mereka yang selalu jatuh cinta...terutamanya remaja-remaja, dan bapak-bapak remaja diluar sana. Ini adalah untuk memastikan cinta anda tidak pecah, tercabut, terburai dan masuk longkang setelah jatuh. so  ini tipsnya.


1. kalau anda belum pernah sama kali kenal cinta, dan terasa sangat gatal nak bercinta, buatlah satu resume cinta dan postkan kat mana-mana dan jangan lupa highlight PENCARI CINTA, CINTAKU DATANGLAH DAN AKU INI MENCARI CINTA. CINTA BAGAIMANAKAH RUPA KAMU....dan tulislah andalah bakal pencinta yang hebat. trylah...jangan lupa  tag sekali gambar anda yang paling hodoh dan unik tentu nampak kelainan pada sipencari cinta sejati...sebab cinta tu selalunya BUTA! bukan nampakpun kalau anda letak gambar cun anda. boleh juga letak gambar katak atau gambar ungka...jadi siapa yang pilih anda sudah tentu cintanya amat sejati dan luhur...correct?


2. Tip yang kedua...untuk memastikan cinta anda tidak jatuh sebagaimana anda jatuh ...anda hendaklah pegang kuat-kuat cinta anda tu. jangan lepas-lepas k. Kalau lepas sure jatuhnya...sebab cinta yang suam-suam kuku selalunya duduk senget jer dalam hati kita. so kalau anda ada tali atau gam lebih baik guna supaya cinta anda tak berdebub tergolek...he he he. lagi bagus kalau anda telan jer cinta tu, masuk dalam perut dan sebati menjadi darah daging yang sure tak jatuhnya. tapi baik anda fikir banyak kali sebab orang kata cinta itu rasanya aneh...tak taulah anda boleh telan ke tak...


3. Tip yang ketiga anda hendaklah memastikan keselamatan diri daripada cinta anda. kalau anda dah jumpa cinta, anda dinasihatkan berhati-hati sebab orang selalu kata cinta itu gila, sengal, senget, tak kenal siapa dan melukakan. so pakai helmet dan tali pinggang keselamatan setiap hari, juga baju kalis peluru setiap masa...manalah tau kalau cinta anda menggila dan meroyan suatu hari...putus 18 anda nanti.


saya fikir ada baiknya saya simpan beberapa tip yang lain dulu, supaya anda dapat apply tip yang ada sekarang. janganlah anda semua risau..bab mereapu sakan ni akan ada banyak episodenya ok. suatu perkara yang anda harus fikir ialah benarkah anda jatuh cinta? atau cinta anda dah jatuh?...yang mana satu anda nak percaya? sebab bab cinta ni memang tak boleh buat main. cinta is gifted says everyone...tapi tidakkah anda selalu terfikir, cinta yang selalu jatuh adalah cinta yang busuk dan lembik...la asyik jatuh jer kan. n kalau anda pulak yang jatuh tak habis-habis dihempap cinta...andalah yang busuk right???? correct!

Saturday 10 December 2011

Apabila Ujian Bagai Hujan menimpa anda...

Bismillahirrohmanirrohhim....
Sebagaimana manusia biasa kita tak mungkin dapat lari daripada menghadapi pelbagai ujian dalam menghadapi kehidupan. Bermula daripada lahir hinggalah sampai ke liang lahat nanti. Tidak kiralah siapa kita dibumi Allah ini. Baik yang kaya atau yang miskin, atau yang sedang-sedang sahaja tiada yang terkecuali.
    Tahukah anda perbezaan antara manusia yang sukses dan manusia yang tidak mahu sukses? Ramai yang tidak sedar sebenarnya kejayaan seseorang bukanlah terletak kepada faktor takdir dan gen seseorang. kebanyakkan orang berjaya mengatakan kejayaan mereka adalah berpunca daripada rasa 'ingin berjaya' yang sangat tinggi. Golongan ini juga adalah golongan yang sangat berjaya menangani segala bentuk ujian yang datang dalam kehidupan mereka. Ujian, dugaan dan masalah adalah 'kerja-kerja' yang diselesaikan dengan baik dan berhemah oleh golongan yang berjaya ini. Bagi mereka yang tidak mampu, tidak mahu, tidak tahu dan malas ambil tahu bagaimana untuk menempuh ujian dengan cara terbaik selalunya akan kecundang menghadapi persoalan hidup dan akhirnya menjerumuskan diri mereka ke kancah kekecewaan yang mendukacitakan.
     Inilah tujuan blog ini saya zahirkan...untuk sama-sama berkongsi apa juga persoalan tentang kehidupan, masalah, kejayaan dan kegagalan dalam menjalani kehidupan sebagai manusia sebelum menuju ke tempat yang lebih kekal nanti.
    Untuk permulaan biarlah saya petik salah satu petikan daripada Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216,yang bermaksud:
      ' Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui...'

 Dalam menghadapi kehidupan kita...kadang-kadang kita lupa dan terlalai, yang jalan yang kita tempuh bukanlah selalu lurus dan berwarna warni seperti impian dan angan kita. Manusia biasa seperti saya dan anda semua pasti pernah tersasar dan tersadung di dalam mengejar impian dalam kehidupan. Tapi apa yang pasti kita tak boleh kecewa dan terus menerus menyalahkan orang lain apabila kita ditimpa musibah. Teringat kata seorang teman kecil saya....katanya janganlah terlalu bergantung pada seseorang untuk move on daripada sesuatu yang amat pedih dalam kehidupan kita. Sebab mereka takan ada selalu disisi kita apabila kita memerlukannya. Teman baik untuk diri kita sebenarnya adalah diri kita sendiri, akal yang rasional dan hati yang selalu dekat pada Yang Maha Besar.
    Jadi kepada rakan blogger, dan pembaca yang lainnya diluar sana sudilah bersama berkongsi tip dan reaksi terhadap isu-isu kehidupan yang sering menjadi punca kejayaan dan kegagalan seseorang dlm menangani bahtera dunia ini. Mudahan dengan berkongsi cerita dan pengalaman dapat mempermudahkan segala urusan dan dapat meleraikan segala kekusutan.