Biarlah saya mulakan dengan bismillahirohmanirrohim…. Dan
dengan senyuman. Pun begitu juga dengan anda semua, terutama sekali mereka yang
sedang berdukacita dek kerana kecewa. Pelbagai kekecewaan yang akan kita tempuh
selagi kita bergelar manusia di bumi Allah ini. Mana mungkin ada seorang
manusia yang tidak pernah kecewa. Paling tidak dia akan kecewa dengan dirinya
sendiri kalau dia tidak dikecewakan oleh orang lain betul tak? So mari kita
lihat beberapa jenis kekecewaan yang ada dan apakah cara yang paling cepat dan
mujarab untuk mengubatinya. Kecewa ini sepertimana yang diketahui ramai, ia
bukan sahaja sekadar kesan negatif daripada sesuatu tujuan atau hajat yang
tidak kesampaian, tetapi ia juga tergolong dalam sejenis penyakit yang akan
memudaratklan kesihatan dan jiwa kita kan…ramai orang yang sihat akan menjadi
sakit apabila dia mengalami rasa kecewa.
So, di sini saya hanya ingin berkongsi tip yang bodo bodo jer…untuk mereka yang sedang kecewa, merana dan hampa kerana
ditinggal kekasih, suami dan orang orang yang mereka harapkan dan minati. Tip
kat sini juga tak boleh digunapakai untuk yang kehilangan ibu bapa dan ahli
keluarga kerana bimbang tidak boleh diaplikasikan. Maklumlah blog saya ini
specialitinya adalah untuk jiwa yang jiwang dan jiwang karat tak hengat jer…he
he he jangan kecewa ye…
1.
KECEWA KERANA KEKASIH MATI KEMALANGAN, LARI
DENGAN AWEKS LAIN, MAK DIA TAK BAGI KAWAN DAN ATAU DIA CAKAP ANDA DAH TUA DAN
TAK HOT SANGAT DAN BLA BLA… (semua tu alasan jer…)
TIP : Kalau dia accident masa nak
pergi jumpa anda atau dlm perjalanan yang sah nak pergi cari rezeki…sedekahlah
al fatihah banyak-banyak, baca surah yassin dan doa untuk dia sebaiknya. Anggap
saja tuhan lebih sayangkan dia dan redhokanlah hati anda…(tentu hatipun tak
sakit sangat kan). Cakap pada diri anda
setiap hari yang dia tak mungkin balik lagi pada anda. Lagi satu ingatla…yang
hidup pasti menemui mati, Cuma cepat dan lambat jer kan. N andapun patut
bersyukur sebab dapat cari orang lain lepas ni.
Tapi kalau bab kecewa kerana dia
tinggalkan anda sebab aweks lain, mak dia tak suka anda, dia cakap anda tak hot
dan Cuma suam-suam kuku jer….macam ni. Sebaik sahaja anda tau dia nak
tinggalkan anda, anda dulu tinggalkan dia. Chow awal-awalla sebelum kena
tinggal. Anda pun taukan kalau orang suka ke tak suka dengan kita right? Kalau
setiap kali keluar dengan dia, sidia tak pernah nak pandang dan renung muka
anda dan sibuk tengok aweks aweks yang lalu lalang depan kita, sampai makcik
tipah lalu pun dia dok tersengih-sengih, surelah dia memang tak syok kat
anda…so kalau ada tanda-tanda maut seperti itu baiklah anda blah sebelum
terlambat k. lagi satu kiralah jumlah sms dan text yang dia send kat anda.
Kalau sebulan dia Cuma hantar satu text jer… ASYIK CAKAP TAKDA KREDIT JER…baik
anda fikir waras sikit, itu dah sah dia tak pernah jatuh hati pada anda, at
least ada 50 sms sehari dia text anda
barulah anda boleh simpan harapan sikit (itupun belum boleh pecaya). Kalau dah
macam tu, lebih baik anda text dia cepat cepat, cakap GOOD BYE… jadi sure anda
tak kecewanye…tyrla….
2.
KECEWA KERANA DITINGGALKAN SUAMI YANG CURANG DAN
GILA PEREMPUAN.
Lagi satu tip, kepada anda yang
baik, jelita, slim, solid, gourges,
pandai masak, pandai mengemas serta harum wangi pula tetapi tetap ditinggalkan
suami kerana si suami ni ingin menjadi pencurang yang Berjaya…janganlah kecewa
teruk sangat. Tak kecewa pun tak boleh juga, nanti dia cakap otak kita mereng
pulak, sebab kena tinggal dan kena cerai kita happy separuh mati. Tapi untuk
menjadi wanita mulia pada mata masyarakat dan keluarga terutama anak-anak,
janganlah kecewa lama-lama. Hadkanlah kekecewaan anda. Bagi tau diri anda
berapa lama anda nak bersedih dan kecewa. Seminggu? 3 bulan atau 3 tahun? Saya cadangkan lagi singkat masa anda pilih
untuk duduk dalam kekecewaan, lagi cepat anda sembuh daripada rasa kecewa itu.
Bisiklah pada diri anda, yang anda nak kecewa sebulan jer…pas tu pasang azam
baru dan cita-cita baru untuk teruskan hidup baru. Pasti bolehnya. Kalau anda
boleh cuba untuk kecewa 5 minit jer selepas kena tinggal, saya pasti anda
seorang wanita yang sangat hebat dan tabah. LAGIPUN KALAU ANDA KECEWA LAMA-LAMA
PUN BUKAN DAPAT AWARD…, DIA SURE HAPPYNYA, DIA AKAN RASA DIA DAH BERJAYA
LUKAKAN HATI ANDA. SO JANGAN BIARKAN ITU TERJADI…TUNJUKLAH PADA DIA, YANG ANDA
OK JER KALAU DIA TAKDA. Lagi satu kalau dia cakap anda dah tak cantik….dia tu,
dia tu hensem sangat ker…ada macam Brat Pit…he he :p
so buat dek jer k.
Antara tip lain yang sangat
mujarab ialah…cari jer penganti baru, sure lupanya pada sikeparat yang dah
mencacat dan mengharubirukan hidup anda tu. Maybe perpisahan yang terjadi ni Allah nak bagi
peluang pada anda untuk mendapat kebahagiaan baru yang lebih baik. Bukankah
Allah tak pernah kejam pada hambanya…so berBaik sangkalah pada Allah, nescaya
anda selamat dan tak rugi dek kecewa. So sekarang, bila kena tinggal jer,
jangan buang masa nak pujuk dia atau berharap dia datang balik pada anda…forget
it. Nonsense. Pasang badan dan minda anda serta tetapkan target anda. Hala tuju
baru anda. Sure boleh ok.
Last tip yang paling mudah tapi
mujarab ialah….beritahu diri anda adalah lebih kecewa dan memalukan kalau anda
terus-terusan hidup dalam kecewa dan merana. Lebih baik anda juga cari jalan
untuk membahagiakan diri sendiri. Ingat selalu bukan anda seorang yang diuji
musibah, tetapi percayalah…setelah hujan lebat pasti akan muncul sinar mentari.
Kalau bah sekalipun…pasti surut juga akhirnya. Jadi doa dan doa, usaha majukan
diri, cari penganti lain kalau mahu dan teruskan hidup dengan lebih baik k… dan
JANGAN BUANG SATU SAAT PUN UNTUK INGAT ORANG YANG ANDA BENCI…selamat
berbahagia.
No comments:
Post a Comment