Saturday 10 December 2011

Apabila Ujian Bagai Hujan menimpa anda...

Bismillahirrohmanirrohhim....
Sebagaimana manusia biasa kita tak mungkin dapat lari daripada menghadapi pelbagai ujian dalam menghadapi kehidupan. Bermula daripada lahir hinggalah sampai ke liang lahat nanti. Tidak kiralah siapa kita dibumi Allah ini. Baik yang kaya atau yang miskin, atau yang sedang-sedang sahaja tiada yang terkecuali.
    Tahukah anda perbezaan antara manusia yang sukses dan manusia yang tidak mahu sukses? Ramai yang tidak sedar sebenarnya kejayaan seseorang bukanlah terletak kepada faktor takdir dan gen seseorang. kebanyakkan orang berjaya mengatakan kejayaan mereka adalah berpunca daripada rasa 'ingin berjaya' yang sangat tinggi. Golongan ini juga adalah golongan yang sangat berjaya menangani segala bentuk ujian yang datang dalam kehidupan mereka. Ujian, dugaan dan masalah adalah 'kerja-kerja' yang diselesaikan dengan baik dan berhemah oleh golongan yang berjaya ini. Bagi mereka yang tidak mampu, tidak mahu, tidak tahu dan malas ambil tahu bagaimana untuk menempuh ujian dengan cara terbaik selalunya akan kecundang menghadapi persoalan hidup dan akhirnya menjerumuskan diri mereka ke kancah kekecewaan yang mendukacitakan.
     Inilah tujuan blog ini saya zahirkan...untuk sama-sama berkongsi apa juga persoalan tentang kehidupan, masalah, kejayaan dan kegagalan dalam menjalani kehidupan sebagai manusia sebelum menuju ke tempat yang lebih kekal nanti.
    Untuk permulaan biarlah saya petik salah satu petikan daripada Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216,yang bermaksud:
      ' Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui...'

 Dalam menghadapi kehidupan kita...kadang-kadang kita lupa dan terlalai, yang jalan yang kita tempuh bukanlah selalu lurus dan berwarna warni seperti impian dan angan kita. Manusia biasa seperti saya dan anda semua pasti pernah tersasar dan tersadung di dalam mengejar impian dalam kehidupan. Tapi apa yang pasti kita tak boleh kecewa dan terus menerus menyalahkan orang lain apabila kita ditimpa musibah. Teringat kata seorang teman kecil saya....katanya janganlah terlalu bergantung pada seseorang untuk move on daripada sesuatu yang amat pedih dalam kehidupan kita. Sebab mereka takan ada selalu disisi kita apabila kita memerlukannya. Teman baik untuk diri kita sebenarnya adalah diri kita sendiri, akal yang rasional dan hati yang selalu dekat pada Yang Maha Besar.
    Jadi kepada rakan blogger, dan pembaca yang lainnya diluar sana sudilah bersama berkongsi tip dan reaksi terhadap isu-isu kehidupan yang sering menjadi punca kejayaan dan kegagalan seseorang dlm menangani bahtera dunia ini. Mudahan dengan berkongsi cerita dan pengalaman dapat mempermudahkan segala urusan dan dapat meleraikan segala kekusutan.

No comments:

Post a Comment