Friday 30 December 2011

Tahun Baru lagi maaa...

Bila setiap kali tahun baru tiba, macam-macam benda yang kusut dalam kepala tiba-tiba dok que nak keluar semua...maklum dah setahun mendap dalam kepala sure jadi tapaikan...lebih dari masam. Tahun baru kali ni, bukan azam jer yg nak baru tapi azam lama harus juga diperbaharui kasi advance sikit. Tak mau layan masalah, nak selesaikan masalah, nak buat bisness yg lagi untung, nak jaga anak-anak lebih baik, nak jadi lebih cantik, nak jadi lebih baik dan segala macam azam yang ada. tahun lepas gitu gak...ade yang lepas dan ada yg tak lepas. tapi tahun ni...saye harap dapat terus menerus belajar bersyukur dan beristigfar dalam segala hal...nak buang rasa nak marah walaupun benda yang patut marah...sebab kata pepatah, orang yang tak marah itu tolol tapi orang yang tak mau marah itu bijaksana....so. ini tahun baru yang ke...untuk saye dan untuk semua juga, padahal yang berubah cuma angka. Tapi sebagai manusia kita berhak memperbaharui hidup kita sebenarnya dan tak payahlah tunggu tahun baru dak? apepun selamat tahun baru....jadilah orang lama yang baru dan wangi right?

Monday 19 December 2011

Apabila anda jatuh cinta atau cinta anda yang terjatuh?

Manusia dilahirkan dengan jutaan perasaan. betul tak? kekadang kita sendiri gagal untuk mengenalpasti perasaan kita sendiri. sama ada kita marah, benar-benar marah, suka, suka sikit atau suka banyak, sayang, benci, menyampah dan gembira. most of that feelings memang kita tahu dan sometimes kita macam rasa kita tahu apakah dia. tetapi kebanyakan kita selalunya keliru dengan perasaan kita sendiri.  contoh...contohlah contoh ye...seorang isteri sangat tersiksa dengan perbuatan suaminya yang curang tetapi masih sangat  sayang pada suaminya, padahal hatinya sakit dan dia menderita. kalau dalam situasi macam gitu kenapa dia masih kata sayang? aneh right? itu sebab ada lagu cakap benci tapi rindu, marah bilang sayang...he he he ni merapu sakan jer.
  kali ini saya ingin berkongsi tip kepada mereka yang selalu jatuh cinta...terutamanya remaja-remaja, dan bapak-bapak remaja diluar sana. Ini adalah untuk memastikan cinta anda tidak pecah, tercabut, terburai dan masuk longkang setelah jatuh. so  ini tipsnya.


1. kalau anda belum pernah sama kali kenal cinta, dan terasa sangat gatal nak bercinta, buatlah satu resume cinta dan postkan kat mana-mana dan jangan lupa highlight PENCARI CINTA, CINTAKU DATANGLAH DAN AKU INI MENCARI CINTA. CINTA BAGAIMANAKAH RUPA KAMU....dan tulislah andalah bakal pencinta yang hebat. trylah...jangan lupa  tag sekali gambar anda yang paling hodoh dan unik tentu nampak kelainan pada sipencari cinta sejati...sebab cinta tu selalunya BUTA! bukan nampakpun kalau anda letak gambar cun anda. boleh juga letak gambar katak atau gambar ungka...jadi siapa yang pilih anda sudah tentu cintanya amat sejati dan luhur...correct?


2. Tip yang kedua...untuk memastikan cinta anda tidak jatuh sebagaimana anda jatuh ...anda hendaklah pegang kuat-kuat cinta anda tu. jangan lepas-lepas k. Kalau lepas sure jatuhnya...sebab cinta yang suam-suam kuku selalunya duduk senget jer dalam hati kita. so kalau anda ada tali atau gam lebih baik guna supaya cinta anda tak berdebub tergolek...he he he. lagi bagus kalau anda telan jer cinta tu, masuk dalam perut dan sebati menjadi darah daging yang sure tak jatuhnya. tapi baik anda fikir banyak kali sebab orang kata cinta itu rasanya aneh...tak taulah anda boleh telan ke tak...


3. Tip yang ketiga anda hendaklah memastikan keselamatan diri daripada cinta anda. kalau anda dah jumpa cinta, anda dinasihatkan berhati-hati sebab orang selalu kata cinta itu gila, sengal, senget, tak kenal siapa dan melukakan. so pakai helmet dan tali pinggang keselamatan setiap hari, juga baju kalis peluru setiap masa...manalah tau kalau cinta anda menggila dan meroyan suatu hari...putus 18 anda nanti.


saya fikir ada baiknya saya simpan beberapa tip yang lain dulu, supaya anda dapat apply tip yang ada sekarang. janganlah anda semua risau..bab mereapu sakan ni akan ada banyak episodenya ok. suatu perkara yang anda harus fikir ialah benarkah anda jatuh cinta? atau cinta anda dah jatuh?...yang mana satu anda nak percaya? sebab bab cinta ni memang tak boleh buat main. cinta is gifted says everyone...tapi tidakkah anda selalu terfikir, cinta yang selalu jatuh adalah cinta yang busuk dan lembik...la asyik jatuh jer kan. n kalau anda pulak yang jatuh tak habis-habis dihempap cinta...andalah yang busuk right???? correct!

Saturday 10 December 2011

Apabila Ujian Bagai Hujan menimpa anda...

Bismillahirrohmanirrohhim....
Sebagaimana manusia biasa kita tak mungkin dapat lari daripada menghadapi pelbagai ujian dalam menghadapi kehidupan. Bermula daripada lahir hinggalah sampai ke liang lahat nanti. Tidak kiralah siapa kita dibumi Allah ini. Baik yang kaya atau yang miskin, atau yang sedang-sedang sahaja tiada yang terkecuali.
    Tahukah anda perbezaan antara manusia yang sukses dan manusia yang tidak mahu sukses? Ramai yang tidak sedar sebenarnya kejayaan seseorang bukanlah terletak kepada faktor takdir dan gen seseorang. kebanyakkan orang berjaya mengatakan kejayaan mereka adalah berpunca daripada rasa 'ingin berjaya' yang sangat tinggi. Golongan ini juga adalah golongan yang sangat berjaya menangani segala bentuk ujian yang datang dalam kehidupan mereka. Ujian, dugaan dan masalah adalah 'kerja-kerja' yang diselesaikan dengan baik dan berhemah oleh golongan yang berjaya ini. Bagi mereka yang tidak mampu, tidak mahu, tidak tahu dan malas ambil tahu bagaimana untuk menempuh ujian dengan cara terbaik selalunya akan kecundang menghadapi persoalan hidup dan akhirnya menjerumuskan diri mereka ke kancah kekecewaan yang mendukacitakan.
     Inilah tujuan blog ini saya zahirkan...untuk sama-sama berkongsi apa juga persoalan tentang kehidupan, masalah, kejayaan dan kegagalan dalam menjalani kehidupan sebagai manusia sebelum menuju ke tempat yang lebih kekal nanti.
    Untuk permulaan biarlah saya petik salah satu petikan daripada Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216,yang bermaksud:
      ' Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui...'

 Dalam menghadapi kehidupan kita...kadang-kadang kita lupa dan terlalai, yang jalan yang kita tempuh bukanlah selalu lurus dan berwarna warni seperti impian dan angan kita. Manusia biasa seperti saya dan anda semua pasti pernah tersasar dan tersadung di dalam mengejar impian dalam kehidupan. Tapi apa yang pasti kita tak boleh kecewa dan terus menerus menyalahkan orang lain apabila kita ditimpa musibah. Teringat kata seorang teman kecil saya....katanya janganlah terlalu bergantung pada seseorang untuk move on daripada sesuatu yang amat pedih dalam kehidupan kita. Sebab mereka takan ada selalu disisi kita apabila kita memerlukannya. Teman baik untuk diri kita sebenarnya adalah diri kita sendiri, akal yang rasional dan hati yang selalu dekat pada Yang Maha Besar.
    Jadi kepada rakan blogger, dan pembaca yang lainnya diluar sana sudilah bersama berkongsi tip dan reaksi terhadap isu-isu kehidupan yang sering menjadi punca kejayaan dan kegagalan seseorang dlm menangani bahtera dunia ini. Mudahan dengan berkongsi cerita dan pengalaman dapat mempermudahkan segala urusan dan dapat meleraikan segala kekusutan.

Thursday 8 December 2011

apabila hati tersentuh

Masa terus berlari, sampai aku sendiri tak sedar, sudah hampir lebih tiga bulan aku mengalami simpton'apabila hati tersentuh'. kalau dahulu aku memang eksyen habis, bila ada orang cakap pasal lelaki, aku memang tak percaya lagi pada spesis spesis seperti itu dan seumpamanya. Maklum kerana spesis itulah menyebabkan aku kini terpaksa menyendiri menggalas beban duka yang ditinggalkan...ceh wah, jiwanglah pulak. takdala...mudahan di sini, diruang yang sempit tapi luas ni aku dapat lebih memahami diriku sendiri dan kejadian Yang Maha Kuasa terhadap hambanya. kali ini aku fikir aku diuji lagi...dengan kehadiran sinar pelangi indah dalam hatiku...ha ha ha...spesis yang aku tak sangka sekali lagi datang mengetuk pintu emosiku dan menceroboh masuk tanpa izin lalu terus menempel kat situ dan tak mau keluar lagi...ahhhh. kacau sungguh. sekarang ape yang aku boleh buat ialah mencari jalan keluar untuk spesis itu sebab aku tak mahu banana fruits to time, he he... walaupun aku kira ini spesis kacukan ala-ala KFCM (Apexs de keepers) yang aku crazy like hell tu...(nasib baik KFCM tu budak lagi...he he) ia tetap spesis yang sama dan berbahaya untuk kesihatan. entah berapa kali juga perutku diserang gastrik dan kini mungkin ulser gara-gara spesis ini. ni dengan nada lembik ni aku juga masih berharap agar semua emosi negatif ini dalam mengalir laju daripada mindaku. Maklum sekarang aku tengah memerah minda positifku untuk mencipta kejayaan dalam berkarya, sesuatu yang aku suka tetapi dah terlalu lama aku tinggalkan.
Dengan umurku yang kini mencecah.... aku tak mau membuat kesilapan lagi dalam meneraju kehidupanku. seringkali emosi dan akal berlawanan sesama sendiri. jalan yang mana harus dipilih antara kepentingan diri dan kepentingan tanggungjawab yang lebih besar yang kupikul. Lama-lama aku redha, kerana bagiku diriku kini tidak lagi relevan dan avaialble dalam memperdagangkan bab emosi. ada emosi emosi kecil yang sedang membangun dan berkembang yang harus kupelihara. biarlah tanggungjawab dan amanah ini dahulu aku selesaikan. biarpun ketika amanah ini hampir selesai nanti...aku mungkin sudah tidak punya emosi lagi....kesiankan.

Wednesday 30 November 2011

hari ni hari jadi Puteri Aisyah Emalinku yg ke lima tahun. Doaku semoga dia dapat terus membesar dengan rahmat dan restu daripada Allah yang maha penyayang. Walaupun aku tahu dia sangat sedih bila ayahnya langsung tak ingat hari ini adalah hari lahirnya. tapi aku belum belikn ape2 kek utk dia. ingat nk buat majlis doa selamat kecil-kecilan sabtu nanti. pagi tadi dia tersenyum simpul bila kami nyanyikan lagu Happy birthday untuk dia. Kami tau dia happy. ce tengok mukanya yang belum mandi ni...