Wednesday 4 January 2012

aku berhenti berharap...

saya memang sangat suka dengan lagu lama sheila on seven. "aku berhenti berharap dan menanti datang gelap..." best sangat. Tapi saya kira sekadar lagu jer oklah...tak boleh nak amalkan. sebagai manusia mana mungkin kita berhenti berharap ya dak? saya tak pasti tentang anda, tapi prinsip saya, selagi boleh berharap lebih baik kita berharap. sebab orang yang berharap ni adalah orang yang sentiasa mempunyai harapan. kalau untuk berharappun kita tak mampu nak buat, apatah benda lain yang lebih berat. lagipun sekadar berharap...bukan pakai modal pun.
    Bercakap pasal berharap ni, agaknya berapa lama anda semua sanggup berharap? seminggu? Setahun? atau selama-lamanya? tentu sahaja bergantung kepada apa yang anda harapkan kan? saya ada seorang kenalan, dah lebih 10 tahun dia gagal dikesan...hilang. Yang dijumpai cuma keretanya sahaja, apa yang sedihnya sehingga ayahnya pergi  untuk selama-lamanya pun dia tidak juga dijumpai...hingga kini saya difahamkan ibunya masih tak berhenti berharap agar anaknya pulang kepangkuannya...sedihkan.

    Tapi bila tiba tang bab mengharap cinta yang dah hilang...jeng-jeng...bolehke kita terus berharap? tentu susah nak buat keputusankan...ramai yang takut rugi besar bila berhenti berharap, mana tau satu hari cinta yang hilang kembali menari depan anda right? beginila...kalau anda dinasihatkan oleh rakan-rakan dan pakar-pakar cinta tentang harapan anda tu adalah harapan yang sia-sia, takda masa depan dan hanya buang masa...lebih baik angkat kaki. dengarlah nasihat oranglain yang selalunya lebih jelas melihat situasi daripada anda sendiri yang sememangnya dah buta dek cinta. tapi kalau sebaliknya...ramai yang cakap"rugi ko...baik ko tunggu jer..." bolehlah anda fikira dua tiga kali sebelum ambik keputusan berhenti berharap ni. Tapi....setakat ni, saya belum penah dengar ada orang nak nasihat gitu. kebanyakannya semua advise kita belah jer...right? so...apa lagi? kalau nak berharap, berharaplah sesuatu yang indah, mudah dan possible...supaya harapan anda tidak berhenti ditengah jalan.

1 comment:

  1. semoga harapan tidak tinggal harapan...Allah Maha Mangasihani. Dia lebih tahu masa yang sesuai untuk Dia memenuhi harapan itu.... the journey is still long, perhaps....

    ReplyDelete