Thursday, 8 December 2011

apabila hati tersentuh

Masa terus berlari, sampai aku sendiri tak sedar, sudah hampir lebih tiga bulan aku mengalami simpton'apabila hati tersentuh'. kalau dahulu aku memang eksyen habis, bila ada orang cakap pasal lelaki, aku memang tak percaya lagi pada spesis spesis seperti itu dan seumpamanya. Maklum kerana spesis itulah menyebabkan aku kini terpaksa menyendiri menggalas beban duka yang ditinggalkan...ceh wah, jiwanglah pulak. takdala...mudahan di sini, diruang yang sempit tapi luas ni aku dapat lebih memahami diriku sendiri dan kejadian Yang Maha Kuasa terhadap hambanya. kali ini aku fikir aku diuji lagi...dengan kehadiran sinar pelangi indah dalam hatiku...ha ha ha...spesis yang aku tak sangka sekali lagi datang mengetuk pintu emosiku dan menceroboh masuk tanpa izin lalu terus menempel kat situ dan tak mau keluar lagi...ahhhh. kacau sungguh. sekarang ape yang aku boleh buat ialah mencari jalan keluar untuk spesis itu sebab aku tak mahu banana fruits to time, he he... walaupun aku kira ini spesis kacukan ala-ala KFCM (Apexs de keepers) yang aku crazy like hell tu...(nasib baik KFCM tu budak lagi...he he) ia tetap spesis yang sama dan berbahaya untuk kesihatan. entah berapa kali juga perutku diserang gastrik dan kini mungkin ulser gara-gara spesis ini. ni dengan nada lembik ni aku juga masih berharap agar semua emosi negatif ini dalam mengalir laju daripada mindaku. Maklum sekarang aku tengah memerah minda positifku untuk mencipta kejayaan dalam berkarya, sesuatu yang aku suka tetapi dah terlalu lama aku tinggalkan.
Dengan umurku yang kini mencecah.... aku tak mau membuat kesilapan lagi dalam meneraju kehidupanku. seringkali emosi dan akal berlawanan sesama sendiri. jalan yang mana harus dipilih antara kepentingan diri dan kepentingan tanggungjawab yang lebih besar yang kupikul. Lama-lama aku redha, kerana bagiku diriku kini tidak lagi relevan dan avaialble dalam memperdagangkan bab emosi. ada emosi emosi kecil yang sedang membangun dan berkembang yang harus kupelihara. biarlah tanggungjawab dan amanah ini dahulu aku selesaikan. biarpun ketika amanah ini hampir selesai nanti...aku mungkin sudah tidak punya emosi lagi....kesiankan.

2 comments:

  1. kesian,kesian,kesian.....(gaya upin dan ipin)..hehee.. langit tidak selalu cerah....begitu juga awan hitam tidak selamanya dilangit, tiba masa akan turun jua berbakti kepada yang memerlukannya sebagai hujan..... baik buruk segala kejadian adalah kehendak Tuhan.. always be with you...dear...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete